Jiwa SME | Promosi media sosial bantu kelangsungan perniagaan bakeri

2022-07-25 0

Bukan sahaja kedai kek dan roti tidak boleh beroperasi ketika pendemik Covid-19, malah usahawan dalam bidang itu turut berdepan kekurangan bekalan tepung ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mula dilaksana pada awal Mac 2020.

Itu antara cabaran yang dihadapi pemilik Azee Bakery, Azizah Mohamed dari Kg Sayang Tanjung Sedili, Kota Tinggi, Johor.